Trend Pengubahsuaian YSuku Dalam Pemerhatian Polis – Bukit Aman

Berpunca daripada trend mengubah suai motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang tengah hangat ketika ini, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain menegaskan motosikal yang melanggar undang-undang jalan raya akan berdepan tindakan disita.

Trend mengubah suai motosikal amat popular dikalangan pemilik Yamaha Y15ZR (Ysuku) ketika ini.

Bagaimanapun, ramai yang tidak menyedari (atau buat-buat tak tahu) bahawa sebarang modifikasi yang boleh memberi kesan terhadap prestasi enjin dan kelajuan adalah salah di sisi undang-undang.

Menurut laporan Berita Harian, Datuk Mohd Nadzri Hussain menjelaskan bahawa adalah satu kesalahan jika mengubahsuai kelajuan sesebuah motosikal itu.

“Jika YSuku itu dijual dengan spesifikasi kelajuan 110 km/j maka mengubah suai hingga mampu mencapai kelajuan 140 km/j adalah salah disisi undang-undang jalan raya.

“Pihak berkuasa turut bimbang kelajuan tersebut tidak dapat ditampung motosikal terbabit sekaligus akan menyumbang kepada peningkatan kes kemalangan maut,” katanya ketika Op Khas Kenderaan Perdagangan yang dilaksanakan di Plaza Tol Duta, malam tadi.

Menurutnya lagi, pihak polis dan JPJ akan meningkatkan kekerapan operasi dan sekatan jalan bagi membendung trend pengubahsuaian motosikal.

(SUMBER: Berita Harian)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply