Kawasaki ZX-25R Bakal Masuk Pasaran Indonesia , Harga Sekitar RM29,673

 

Sebelum ini, setiap kali topik mengenai Kawasaki bakal menghasilkan sebuah jentera 250cc 4 silinder timbul, rata-rata menyifatkan itu hanya sekadar khabar angin yang tidak berasas.

Bagaimanapun, menurut perkembangan terbaru oleh iwanbanaran.com, jentera yang diberi nama Kawasaki ZX-25R itu disahkan akan dihasilkan di Jepun menerusi divisyen Motorcycle & Engine, Kawasaki Heavy Industries malah akan di bawa masuk ke pasaran Indonesia sebagai unit CKD (Completely Knocked Down).

Kawasaki ZX-25R akan didatangkan dengan fork terbalik – seperti yang terdapat di ZX-6R – di bahagian depan dan monoshock Uni-Trak di bahagian belakang.

Difahamkan, ZX-25R akan dijual di pasaran Indonesia dengan harga sekitar IDR 100 juta hingga IDR 130 juta (RM29,673 hingga RM38,575).

Pada masa sama, Kawasaki ZX-25R dijangka akan dilengkapi pelbagai sistem terkini antaranya ‘ride-by-wire, mod tunggangan dan traction control.

Sebelum ini, enjin DOHC, 16-valve, 4 silinder itu didakwa mampu menghasilkan 59.1hp tetapi merujuk kepada laporan iwanbanaran.com, model ini akan menghasilkan antara 41 hingga 45hp dengan rev limiter berada di sekitar 16,000 hingga 19,000 rpm.

Jentera ini turut akan didatangkan dengan kerangka tubuluar, yang terdapat pada Kawasaki H2.

Kawasaki ZX-25R dijangka akan diperkenalkan di Tokyo Motor Show, Oktober ini dan akan memasuki pasaran Indonesia tahun depan.

Persoalannya, adakah kita akan melihat jentera ini di pasaran Malaysia pada 2020?

(SUMBER: Iwanbanaran.com)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.