Vios Challenge: Wany Hasrita Juara, Nabila Dan Shukri Lengkapkan Podium

Cuaca hujan tidak merencatkan perlumbaan kedua Vios Challenge bagi kategori Promotional Class yang menyaksikan penyanyi wanita, Wany Hasrita muncul juara, semalam.

Meskipun perlumbaan terpaksa ditunda lebih 30 minit susulan hujan lebat namun senario itu ternyata memainkan peranan penting terhadap kemenangan Wany.

Dia berjaya mengetepikan saingan selebriti lain untuk mucul juara diikut Nabila Razali kedua dan Shukri Yahya ketiga.

“Keadaan litar yang basah menyukarkan perlumbaan tetapi saya telah lakukan yang tebaik bagi memastikan tiada kesilapan dilakukan,” jelas Wany.

Perebutan tempat ketiga dan keempat di antara Shukri dan Kai Bahar berlangsung sengit sehinggakan berlaku perlanggaran di antara kedua-dua pelumba sebelum Shukri berjaya merampas kedudukan ketiga.

Shukri turut diberikan amaran sebaik tamat perlumbaan.

Sementara itu, tempat kedua merupakan kejayaan manis buat Nabila yang mempamerkan pemandu lebih tenang berbanding musim lalu.

“Saya agak bergelut musim lalu dan gagal menamatkan perlumbaan tetapi selepas berlatih selama beberapa jam dan dengan panduan daripada tenaga pengajar Toyota Gazoo Racing, keyakinan saya di atas litar meningkat.

“Saya tekad untuk memberikan keputusan lebih baik kali ini,” jelasnya.

Sementara itu, saingan Sporting Class turut mencuri tumpuan dengan kemenangan berjaya diraih pelumba berusia 15 tahun, Hayden Haikal dari pasukan S&D Motorsports dengan tempat kedua jadi milik Wong Chin Eeg dan Kenneth Koh, ketiga.

Aksi di Super Sporting menyaksikan William Ho juara diikuti Freddie Ang kedua dan Kenny Lee, ketiga.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply