Vios Challenge: Pelumba 15 Tahun Juara Kategori Sporting Class

Pelumba pasukan S&D Motorsports, Hayden Haikal, muncul juara perlumbaan kedua Vios Challenge kategori Sporting Class.

Pelumba berusia 15 tahun itu berjaya mengetepikan saingan daripada Wong Chin Eeg (kedua) dan Kenneth Koh (ketiga) untuk muncul juara dengan catatan masa 29 minit 26.191 saat.

Hayden mengekori rapat Wong Chin Eeg sebaik perlumbaan bermula dan berjaya menjarakan kedudukan dengan pelumba ketiga.

Ketika perlumbaan berbaki 13 pusigan, Hayden berjaya mencuri ruang untuk memintas Wong lalu memastikan kedudukan tidak berubah sehingga ke pusingan akhir.

Dalam perlumbaan pertama semalam, Hayden sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke-4.

Ini merupakan kejayaan kedua Hayden di Vios Challenge selepas menjuarai kategori sama di pusingan akhir Toyota Gazoo Racing Festival yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang.

Kejayaan Hayden turut membuktikan ojektif Toyota dalam membantu melahirkan bakat muda tempatan berjaya dilaksanakan.

Dalam perkembangan lain, saingan kedua Super Sporting menyaksikan William Ho dari Toyotsu Racing muncul juara dengan catatan masa 28 minit 00.917 saat sekaligus memperbaiki catatan semalam di aksi pertama apabila sekadar menamatkan aksi di tempat ke-6.

Tempat kedua jadi milik Freddie Ang (Telagamas Toyota) dan Kenny Lee (Kegani Racing) ketiga.

Sementara itu, Tengku Djan Ley – yang menduduki tempat kedua dalam perlumbaan pertama semalam – terpaksa berpuas hati di kedudukan keempat hari ini.

Dia yang mewakili pasukan 23 Motors gagal mencari peluang terbaik membuat pintasan tatkala keadaan litar yang sempit.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply