Tengku Djan Akui Jentera Lumba Vios Baharu Lebih Responsif

Pelumba negara, Tengku Djan Ley menyifatkan generasi baharu kereta lumba Toyota Vios ternyata membawa perbezaan yang lebih ketara berbanding sebelum ini.

Tengku Djan yang muncul juara musim pertama Toyota Vios Challenge membuat kemunculan semuala di musim ketiga dan berjaya menempatkan dirinya di kedudukan kedua perlumbaan pertama semalam.

“Ini merupakan kali pertama saya memandu jentera ini dan ketika sesi ujian saya telah melakukan beberapa perubahan dan selepas itu saya dapat rasa perbezaan yang ketara,” jelasnya.

Komen Tengku Djan turut mendapat sokongan juara aksi pertama segmen Super Sporting, Mark Darwin dari pasukan Laser Motor Racing.

“Perubahan paling ketara bagi model kali ini adalah penggunaan ‘Limited Slip Differential’. Jentera kini tampil lebih bernyawa dan penyerap hentakan juga lebih baik namun prestasi enjin dan transmisi masih sama,” katanya.

Perlumbaan kedua segmen Super Sporting berlangsung hari ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.