Formula 2: Litar Spa-Francorchamps Ragut Nyawa Anthoine Hubert

Sumber: Anthoine Hubert @ Twitter

FIA telah mengesahkan bahawa pelumba Perancis, Anthoine Hubert, maut selepas mengalami kemalangan ketika perlumbaan Formula 2 di GP Belgium.

Kemalangan tersebut tercetus apabila Giuliano Alesi hilang kawalan jenteranya dan ketika Hubert cuba mengelak, keretanya dilanggar pelumba pasukan Sauber Junior, Juan Manuel Correa, yang turut mengalami kecederaan serius.

Bagaimanapun, Correa disahkan stabil selepas pembedahan namun tidak lama kemudian, FIA mengesahkan bahawa Hubert, 22 tahun, telah meninggal dunia susulan mengalami kecederaan teruk.

Sumber: Anthoine Hubert @ Twitter

Perlumbaan F2 yang dijadualkan hari ini telah pun dibatalkan namun Formula 1 akan tetap berjalan seperti biasa.

Hubert merupakan pelumba pertama yang maut di acara F1 sejak Jules Bianchi ketika di Jepun pada 2014.

“FIA dengan penuh rasa sesal mengesahkan kemalangan serius telah menimpa kereta no.12, 19 dan 20 di Formula 2, GP Belgium.

“Pegawai kecemasan dan perubatan telah bergegas untuk menangani situasi dan setiap pelumba telah dihantar ke unit rawatan rapi.

“Disebabkan insiden yang beraku, kami dengan berat hati mengesahkan bahawa pelumba kereta no.19, Anthoine Hubert, telah meninggal dunia.

“Sementara pemandu kereta no.12, Juan-Manuel Correa, disahkan stabil dan sedang menerima rawatan di hospital CHU Liege,” menurut kenyataan FIA.

Saksikan rakaman video kemalangan yang dimuat naik ke laman Youtube dibawah:

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]