Enjin Elektrik Atau Hibrid, Nissan GT-R R36 Masih Dalam Peringkat Perbincangan

Pembinaan Nissan GT-R R36 masih lagi dalam proses pembincangan dengan pihak Nissan masih memikirkan bagaimana untuk menghasilkan model baharu itu.

Menurut laporan Motoring, R36 masih lagi dalam fasa awal dengan Nissan masih belum memutuskan sama ada jentera tersebut akan menggunakan enjin hibrid atau elektrik.

Ketua Program GT-R, Hiroshi Tamura, memberitahu Motoring bahawa segala perancangan mengenai R36 berada di dalam kepalanya namun enggan mengulas lebih lanjut.

“Tetapi apa yang saya boleh beritahu adalah pembinaan generasi GT-R seterusnya sedang dibincangkan. Kami sedang mencari penyelesaian terbaik,” jelasnya.

Apa yang pasti, peminat GT-R perlu menanti lebih lama bagi menyaksikan kelibat R36 di atas jalan raya.

Pada masa sama, Tamura yakin model sedia ada, GT-R R35 – yang telah berada di pasaran untuk lebih 12 tahun sejak dilancarkan pada 2007 – mampu dominasi jalan raya hingga 20 tahun.

“R35 sudah berusia tetapi bagi model facelift yang diperkenalkan pada 2017, reka bentuk tersebut adalah serba baharu,”tambahnya.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]