Tiada Kelibat Toyota Supra Dalam Need For Speed Heat

Minggu lalu, trailer Need For Speed Heat (NFS) berjaya menarik perhatian ‘gamers’ dengan grafik mengagumkan.

Kali ini, pereka, Ghost Games, mendedahkan senarai 120 kenderaan yang boleh didapati dalam permaian tersebut tetapi ada satu kereta yang jelas tiada dalam barisan diumumkan adalah, Toyota Supra.

Saksikan trailer Need For Speed Heat dibawah:

Bukan sahaja Supra, malah semua barisan model Toyota tidak kelihatan dalam senarai terbabit.

Berdasarkan senarai kereta ditawarkan, portfolio NFS Heat tidaklah sehebat Forza Motorsport 7 atau Gran Turismo Sport tetapi NFS Heat menawarkan pengalaman permainan perlumbaan dengan aspek berbeza.

Antara tarikan utama NFS adalah berlumba dengan kereta pilihan di peta ‘Open World’ sambil mengelak daripada ditahan pihak polis.

Bagaimanapun, ketiadaan Supra – antara kereta sport yang menjadi tumpuan ketika ini – sedikit mengecewakan penggemar NFS.

Ini bukan kali pertama Toyota hilang daripada NSF, NFS Payback turut ketiadaan Toyota, Scion dan Ferrari dan hanya menawarkan 81 kereta ketika itu.

Usah risau, NFS Heat menampilkan pelbagai model daripada Porsche, McLaren, Mercedes-AMG, BMW, Nissan dan banyak lagi.

Antara model yang paling menonjol adalah Volvo Polestar 1 termasuk 1967 Mercury Cougar, 2006 Lotus Exige S, 1970 Plymouth Barracuda, 1977 Pontiac Firebird, 1975 Volvo 242DL, 1969 Dodge Charger, 1987 Buick Grand National, Mazda MX-5 Miata 1996 dan 2015.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.