Yamaha XSR155 : Yamaha Oh Yamaha, Masuk Malaysia Tak Ni?

 

Perkongsian imej Yamaha XSR155 yang baru dilancarkan di Thailand semalam – 91,000 Baht (RM12, 364) –  telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang rata-rata mahu menyaksikan model ‘Sport Heritage’ ini dibawa masuk ke pasaran Malaysia.

Persoalannya, adakah gesaan peminat jentera dua roda di Malaysia akan dilunaskan?

Hakikatnya, ketika ini masih tiada desas-desus daripada Hong Leong Yamaha tetapi jika jentera ini dibawa masuk pastinya akan mendapat permintaan yang tinggi terutamanya daripada penunggang muda yang sebelum ini hanya diberi pilihan di antara Yamaha YZF R15 dan Y15ZR.

Menurut laporan tmcblog.com, seperti R15, XSR155 turut mengenakan kerangka Deltabox, Yamaha Variable Valve Actuation (VVA) dan enjin yang sama sekaligus dijangkakan model ini mampu menghasilkan sekitar 19hp pada 8,900rpm dengan 14.7Nm pada 7,000rpm yang disalurkan menerusi transmisi 6 kelajuan.

 

Model ini turut didatangkan dengan tangki 10 liter dan didakwa memiliki berat sekitar 134 kilogram.

(SUMBER: tmcblog.com)

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]