CF Moto Bakal Hasilkan Jentera Streetfigther Dengan Bantuan KTM

KTM dan CFMoto telah pun menjalinkan kerjasama seawal 2014 apabila pengeluar motosikal Austria itu menggunakan kilang CFMoto di Hangzhou, China bagi menghasilkan Duke 125, 200 dan 390.

Bagaimanapun, dengan jalinan baharu yang terlaksana pada 2017, difahamkan CFMoto bakal menghasilkan jentera dengan enjin yang lebih besar memasuki tahun 2020.

Selain daripada kilang KTM di Austria dan India, fasiliti CFMoto di China turut bertanggungjawab menghasilkan enjin 799cc yang terdapat pada Duke 790 sementara pemasangan jentera KTM di India akan dilaksanakan oleh Bajaj.

Kejayaan kilang di Hangzhou telah membuatkan KTM mahu CFMoto menghasilkan jentera dengan enjin pertengahan (medium-displacement) bagi pasaran dunia pada 2021.

Ketika ini, kilang CFMoto di Hangzhou mampu menghasilkan lebih 50,000 unit motosikal setahun dan kedudukan strategik membuatkan mereka berkelayakan untuk mengeksport ke negara yang memiliki hubungan perdagangan bebas dengan China.

Sebagai menghargai kerjasama ini, KTM telah menjual platform enjin LC8 990cc kepada CFMoto dan pengeluar motosikal China itu telah pun bertungkus lumus dalam menghasilkan jentera dengan enjin yang lebih besar.

Dua tahun lalu, CFMoto memperkenalkan jentera konsep, V.02-NK yang dikuasakan dengan enjin V-Twin LC8 990cc.

Meskipun hanya konsep ketika ini namun ramai menjangkakan CFMoto bakal menempatkan enjin itu ke dalam sebuah jentera streetfighter yang akan dihasilkan kelak.

(SUMBER: RideApart)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]