Safety First Group Gesa Motosikal Guna Lorong Kiri, Hadkan Kelajuan Kepada 70km/j


Ikatan Silaturahim Brotherhood (Brotherhood) tidak bersetuju dengan cadangan untuk menghadkan penunggang motosikal kepada laluan paling kiri.

Semalan, Menteri Kerja Raya, Baru Bian, menyuarakan sokongan untuk menghadkan penunggang motosikal untuk menggunakan laluan paling kiri terutamanya di waktu puncak seperti disuarakan Safety First Group – sebuah badan yang fokus terhadap meningkatkan keselamatan jalan raya.

Kumpulan tersebut telah bertemu Baru Bian dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan turut turut menggesa pihak kerajaan untuk menetapkan had kelajuan kepada 70km/j bagi motosikal kapcai.

Bagaimanapun, cadangan itu ditentang ketua Brotherhood, Azlan Sani Zawawi (Lando) yang berpendapat tidak masuk akal untuk menghadkan penunggang motosikal kepada laluan kiri kerana hanya akan mendedahkan mereka kepada bahaya yang lebih besar.

Lando turut menyuarakan kebimbangan terhadap lorong kiri yang rata-rata tidak berada dalam keadaan baik ekoran sering digunakan kenderaan berat – bas dan lori – di samping turut menjadi tapak kereta berhenti ketika kecemasan.

Dia turut menegaskan bahawa penggunaan lorong kiri hanya masuk akal di lebuhraya yang terdapat lorong kecemasan khas.

(SUMBER: Free Malaysia Today)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply