Petronas Sprinta Racing Moto2 Tekad Pancing Marquez Bagi 2020

 

Sumber: Alex Marquez @ Twitter

Difahamkan Petronas SRT berminat dengan Alex Marquez dan mahu pelumba Sepanyol itu bersama mereka musim depan di Moto2 sebelum beralih ke MotoGP.

Marquez merekodkan kemenangan kelimanya musim ini di Brno pada Ahad dan sedang mendahului kejuaraan dengan 33 mata dihadapan pencabar, Tom Luthi.

Meskipun dikaitkan dengan perpindahan ke Pramac Ducati MotoGP awal tahun ini, Marquez menegaskan dia akan terus kekal di Moto2 sehingga musim depan.

Menurut laporan motorsport.com, ejen Marquez, Emilio Alzamora sedang dalam perbincangan dengan Marc VDS untuk pembaharuan kontrak namun Petronas SRT telah membentangkan tawaran di minit akhir.

Petronas SRT ketika ini menggunakan jentera Kalex di Moto2 dengan pelumba tunggal Khairul Idham Pawi – yang ketika ini sedang alami kecederaan.

Sekiranya Petronas SRT berjaya melunaskan perpindahan tersebut, pastinya menarik untuk melihat Marquez beraksi di MotoGP bersama jentera Yamaha bersaing dengan abangnya – Marc Marquez yang menunggang Honda.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]