Ada Tempat Untuk Hafizh di Tech3 Moto2 – Herve Poncharal

Sumber: Red Bull KTM @ Twitter

Herve Poncharal berkata ada tempat untuk Hafizh Syahrin di Tech3 Moto2 musim depan seandainya dia berminat untuk kekal bersama pasukan itu.

Pelumba tunggal negara dalam saingan MotoGP itu bergelut dalam kempen sulungnya bersama jentera KTM musim ini.

Beban Hafizh turut ditambah apabila KTM mengumumkan tempatnya bakal diambil alih Brad Binder.

Sebelum ini, Hafizh dilaporkan telah berbincang dengan dua-tiga pasukan di Moto2 dan diantaranya adalah Tech 3 yang berkemungkinan akan menggandingkannya dengan Marco Bezzechi.

Menurut laporan motorsport.com, Herve telah pun berbincang dengan Hafizh beberapa perlumbaan sebelum ini.

“Saya telah bercakap dengan Hafizh beberapa perlumbaan sebelum kami mengumumkan penyertaan Brad (Binder), sebab itu dia tidak terkejut apabila pengumuman rasmi dibuat.

“Dia telah melaksanakan tugas dengan baik bersama kami terutamanya ketika ketiadaan Jonas Folger musim lalu.

“Peluang untuk dia bersama kami di Moto2 sentiasa terbuka. Sekarang keputusan berada di tangannya. Saya berharap dapat membuat pengumuman rasmi bagi barisan pelumba Moto2 menjelang Silverstone,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Hafizh mengakui Herve berminat untuk mengekalkannya bersama Tech3 di Moto2.

Sumber: Red Bull KTM @ Twitter

“Ketika ini saya masih belum membuat keputusan tetapi jika saya kekal dengan KTM, saya tidak akan bergelut untuk memahami jentera yang digunakan. Binder juga berjaya naik ke MotoGP sebelum cuti pertengahan musim,” katanya.

Sementara itu, Hafizh turut menjelaskan dia berpeluang untuk kembali sertai Petronas Sprinta – pasukan yang diwakiliknya di antara 2014 hingga 2017.

“Saya juga telah berbincang dengan Dato Razlan Razali. Ketika ini saya masih tidak mampu memberi sebarang kata putus. Mungkin selepas GP Austria,”tambahnya.

Semalam, timbul dakwaan bahawa Petronas SRT Moto2 berminat untuk pancing pendahulu kejuaraan, Alex Marquez bagi musim 2020.

(SUMBER: Motorsport.com)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]