Kemalangan Di LDP Salah Penunggang Motosikal?

Demikian kenyataan dibuat seorang warga laman sosial yang bertindak mengecam penunggang motosikal yang terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) semalam.

Penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan tersebut disyaki dalam perjalanan pulang daripada Karnival Gen Blu Yamaha yang berlangsung di MAEPS, Serdang.

Menurut rakaman ‘dashcam’ yang telah dikongsikan akaun Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi secara tiba-tiba cuba mengubah haluan selepas mendapati kereta di hadapan telah pun menekan brek.

Tindakan itu menyebabkan empat motosikal mengalami kemalangan ekoran tidak sempat mengelak.

Ketika ini tiada maklumat mengenai keadaan penunggang motosikal terbabit.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dengan rata-rata menyalahkan pemandu tersebut.

Namun terdapat satu komen yang mencuri tumpuan apabila berkata penunggang motosikal yang menggunakan laluan paling kanan wajar menerima padah sedemikian.

Bukan itu sahaja, dia turut membuat perbandingan dengan negara Taiwan yang tidak membenarkan sesetengah motosikal memasuki lebuh raya.

Komen tersebut turut menerima kecaman daripada netizen lain yang berpendapat komen tersebut tidak wajar.

Apa sekalipun, diharapkan pihak berkuasa meneliti insiden kemalangan tersebut sementara pihak berwajib lain perlu memandang serius perkara ini tatkala ketiadaan laluan khas motosikal di sekitar kawasan kejadian.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply