Motosikal Sulung Bajaj-Triumph Masuk Pasaran Awal 2020

Jentera sulung hasil daripada kerjasama Bajaj-Triumph dijangka akan memasuki pasaran awal tahun depan.

Kerjasama di antara Bajaj dan Triumph untuk menghasilkan motosikal dengan enjin ‘mid-size’ diumumkan Ogos tahun lalu.

Hubungan terjalin dengan Triumph dijangka akan membawa impak besar sepertimana kejayaan Bajaj dalam kembali mengukuhkan jenama KTM setelah membeli 49 peratus saham.

Faktor itu membuktikan Bajaj memiliki resume mantap dalam memastikan kejayaan bakal dicapai dalam aspek menjalinkan kerjasama dengan jenama antarabangsa lain.

Bajaj dan Triumph dijangka akan menggabungkan kepakaran mereka dalam membentuk peluang dan sinergi baharu dengan persetujuan bersama dilaporkan telah pun dicapai.

Jalinan kerjasama ini dijangka akan menghasilkan sebuah jentera ‘mid-size’ yang akan dihasilkan di kilang Bajaj.

Rekaan motosikal tersebut akan dihasilkan oleh Triumph sementara aspek kejuruteraan akan diuruskan Bajaj. Tatkala pasaran motosikal premium semakin meningkat kebelakangan ini, kerjasama dengan Bajaj turut akan membuka peluang kepada Triumph untuk bersaing dengan Harley Davidsond dan Royal Enfield.

Pada masa sama, Bajaj – pengeksport motosikal terbesar ke luar negara dari India – juga berharap dapat menjual motosikal berkapasiti tinggi menggunakan kepakaran Triumph di negara membangun.

Difahamkan, model sulung hasil kerjasama Bajaj-Triumph akan memasuki pasaran awal tahun depan dengan saiz enjin sekitar 500cc.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]