Dapatkan Harley Davidson Sportster Dengan Ekzos Screamin Eagle Di AOS 2019!

Sempena dengan Art Of Speed (AOS) 2019 yang akan berlangsung hujung minggu ini (27-28 Julai), tawaran hebat daripada Harley Davidson menanti pengunjung!

Anda kini boleh mendapatkan model Harley Davidson Sportster serba baharu dengan tambahan sistem ekzos Screamin’ Eagle yang bernilai RM4,685!

Tawaran ini hanya terbuka pada pengunjung di AOS 2019, harga bermula dari RM62,600 dengan waranti dua tahun.

Harley Davidson turut menawarkan pinjaman sehingga 7 tahun dengan kadar faedah serendah 3.6 peratus!

Antara model Sportster ditawarkan adalah Superlow, Iron 883, Iron 1200, 1200 Custom, 48 dan 1200 Roadster.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply