Yamaha Pesaing Utama Musim Ini, Bukan Ducati – Marquez

Sumber: Marc Marquez @ Twitter

Pendahulu kejuaraan MotoGP, Marc Marquez menyifatkan pesaing utamanya memasuki separuh musim 2019 adalah pelumba Yamaha dan bukannya Ducati.

Pelumba Ducati, Andrea Dovizioso merupakan pesaing terdekat Marquez sejak 2017 dan dia kekal di kedudukan kedua musim ini, namun 58 mata ketinggalan di belakang pelumba Honda Repsol itu sementara rakan sepasukan, Danilo Petrucci, ketiga.

Rossi dan Viñales ketika Ujian Pra Musim Sepang 2019.

Bagaimanapun, prestasi Ducati merudum beberapa pusingan ini sementara Yamaha berjaya bangkit menerusi Maverick Vinales yang muncul juara di Assen dan kedua di Sachsenring sementara Quartararo berjaya memulakan perlumbaan di petak pertama dalam dua percubaan.

Sementara itu, Marquez berpendapat insiden di Barcelona – dengan Jorge Lorenzo, Dovizioso, Vinales dan Valentino Rossi mengalami kemalangan – mengubah senario perebutan kejuaraan musim ini.

“Saya dan Dovizioso dibezakan dengan dua kemenangan.

“Sudah tentu Ducati akan kembali lebih kuat tetapi ketika ini pesaing utama adalah kedua-dua pelumba Yamaha, Vinales dan Quartararo.

“Saya berasakan mereka (Yamaha) akan kembali lebih laju memasuki separuh kedua musim ini,”jelas Marquez.

Pada masa sama, Petrucci bersetuju Vinales kini menjadi halangan utama Ducati.

“Ketika ini saya gembira dengan keadaan semasa, menduduki tempat ketiga keseluruhan/

“Tetapi masalahnya sekarang Vinales berjaya mengutip beberapa mata penting jadi untuk bersaing kami perlukan jentera yang lebih baik,” katanya.

Berikut kedudukan 10 terbaik kejuaraan MotoGP setakat ini:

Sumber: MotoGP @ Google
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]