Tempahan Volkswagen Arteon Dibuka – Harga Dari RM290 Ribu!

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini menerima tempahan awal bagi Volkswagen Arteon serba baharu.

Model yang diimport sepenuhnya itu dijual pada harga di antara RM290,000 dan RM310,000 dan akan dilancarkan dalam masa beberapa bulan akan datang.

Arteon merupakan sebuah model ‘fastback’ dengan lima pintu yang menawarkan kombinasi di antara rekaan avant-garde dan pemanduan dinamik sekaligus mencerminkan nama yang diberikan.

‘Art’merujuk kepada seni dan reka bentuk harmoni sementara ‘eon’ melambangkan Arteon sebagai model premium Volkswagen.

Arteon turut merangkul anugerah ‘Golden Steering Wheel 2017’ di Eropah.

Model baharu ini dijana dengan enjin turbocharged 2.0L TSI yang disalurkan menerusi transmisi wet klac 7-kelajuan (DSG) dan menghasilkan 280hp dan 340Nm tork.

Pelanggan juga disajikan dengan skrin paparan 9.2 inci, Active Info Display TFT yang turut membenarkan pemandu membuat tetapan mengikut cita rasa sendiri.

Bukan itu sahaja, Volkswagen turut melengkapkan Arteon dengan kamera 360 darjah bagi meningkatkan keselamatan!

Orang ramai yang berminat diminta layari laman sesawang Volkswagen untuk mendapatkan jemputan eksklusif bagi menyaksikan Arteon dengan lebih dekat.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.