Mercedes, Ferrari Boleh Pergi Jalan – Jeremy Clarkson

Sumber: StadiumAstro

Baru-baru ini, selebriti terkenal dalam dunia automotif, Jeremy Clarkson meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sukan Formula 1 dalam satu rakaman video yang dimuat naik ke Youtube.

“Ferrari can f**k off, Mercedes can f**k off,” demikian kenyataan pertamanya dalam video berdurasi 3.17 minit itu.

Clarkson sememangnya dikenali sebagai individu yang lantang dan bekas pengacara Top Gear itu – yang kini mengacarakan The Grand Tour bersama James May dan Richard Hammond – kembali mencetuskan kontroversi dengan mengkritik sukan F1 secara terbuka.

Menurut video yang dimuat naik Drivetribe, Clarkson menyifatkan F1 kini membosankan.

“Saya lebih sanggup melihat pokok tumbuh daripada menyaksikan F1. Sedangkan saya cintakan sukan F1!

“Pada pendapat saya, mereka perlu menyingkirkan pegawai perlumbaan (FIA). Mereka perlu sedar, penonton gemar sukan F1 kerana ia perlumbaan yang membahayakan dan berisiko tinggi.

“Pada masa sama, kereta yang dihasilkan perlu lebih kukuh dan kuat. Ketika ini setiap kali berlaku perlanggaran, cebisan chasis melayang sana sini,” jelasnya.

Clarkson turut mengambil peluang untuk mengkritik Ferrari dan Mercedes.

“Ferrari dan Mercedes boleh pergi jalan. Kita perlu mengembalikan status F1 sebagai sukan permotoran sebenar dan bukannya sebagai pusat latihan keselamatan.

“Hari ini saya lebih sanggup menyaksikan Formula E!” tambahnya.

Pengacara berusia 59 tahun itu turut menegaskan ada sesuatu yang tidak kena dengan F1 dan langkah drastik perlu diambil bagi menyelamatkan sukan itu.

“Ketika pusingan di Silverstone, saya menyaksikan sukan tenis sementara anak saya, yang mempunyai minat mendalam dengan kereta sibuk menonton aksi final kriket. Jelas terdapat sesuatu yang tidak kena dengan F1,” ujarnya lagi.

Saksikan video tersebut di bawah:

(SUMBER: Drivtribe @ Youtube)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]