Bajaj Pulsar 250 Adventure Bakal Dilancarkan Di India

Sumber: Autologue Design

Pasaran motosikal ‘adventure tourer’ semakin mendapat tempat di hati peminat motosikal seluruh dunia terutamanya di India yang ketika ini didominasi Royal Enfield Himalayan dan Hero Xpulse 200 yang baru sahaja di lancarkan.

Menurut laporan Gaadiwaadi, model baharu ini akan didatangkan dengan tayar aloi 19 inci di bahagian depan dan 18 inci di bahagian belakang dan dilengkapi tayar ‘offroad’.

Pada masa sama, dijangkakan jentera tersebut akan dilengkapi dengan fork teleskopik yang lebih panjang dan unit penyerap hentakan tunggal di bahagian belakang.

Seperti model Bajaj yang lebih besar, Dominar 400 – yang dijual dibawah jenama Modenas di Malaysia – Pulsar 250 Adventure turut akan didatangkan dengan ‘dual channel ABS’.

Model baharu ini juga akan dikuasakan dengan enjin yang sama digunakan pada KTM Duke 250. Enjin 248.8cc satu silinder ini menghasilkan 29.5hp pada 9,000rpm dan 24Nm pada 7,500rpm bagi Duke 250 bagaimanapun, dijangkakan Bajaj akan ‘retune’ enjin ini bagi menyesuaikan dengan keperluan sebuah jentera adventure.

Ketika ini masih tiada maklumat sama ada model ini akan di bawa masuk ke Malaysia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.