Ulangtahun Ke-60 MINI Diraikan Menerusi MINI Convertible Baharu – RM 279,888

MINI Malaysia melancarkan MINI Convertible sempena dengan sambutan 60 tahun MINI.

“MINI Convertible ‘soft top’pertama diperkenalkan di Geneva Motor Show 2004 bersama reka bentuk signatur jenama tersebut, serta ketangkasan dan kefungsian yang pintar. Sehingga ke hari ini, MINI Convertible dikenali dengan elemen keterujaan pemanduan ‘open-top’ yang bergaya serta sensasi pemanduan ala go-kart yang unik.

“Pada tahun ini, MINI Convertible terbaharu kembali dalam jumlah yang terhad untuk meraikan Ulang Tahun MINI ke-60,”jelas Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia.

 

Model baharu ini hadir dengan rekaan yang lebih menarik dan berinovasi terutamanya daripada segi teknologi pemanduan serta sistem digital yang menjadi sebahagian daripada sitem MINI Connected.

MINI Connected generasi baharu ini kini didatangkan dengan SIM 4G bagi memastikan keterhubungan yang kekal bagi meningkatkan pengalaman pemanduan.

Bahagian bumbung ‘soft top’ kini lebih menyerlah dengan rekaan bendera Union Jack dan hanya mengambil masa 18 saat untuk dibuka secara elektrik.

Ketika ‘soft top’ di tutup, penggunana bumbung fabrik memastikan gangguan bunyi berada di tahap rendah sekaligus menjaminkan perjalanan yang selesa.

 

Model baharu ini turut dilengkapi dengan lampu depan dan belakang Bi-LED bagi memastikan suluhan yang terang lantas menjaminkan keselamatan terutamanya pemanduan di waktu malam.

Lampu belakang turut menerapkan bendera Union Jack bagi menyerlahkan lagi keseluruhan rupa bentuk kereta.

MINI Convertible ini didatangkan dengan enjin MINI TwinPower Turbo 2.0L empat silinder yang mampu menghasilkan 192hp dan 280Nm tork – berkebolehan mencapai kelajuan maksima 230km/j – yang disalurkan menerusi tranmisi tujuh kelajuan Steptronic Sports.

Pemandu turut ditawarkan dengan tiga mod pemanduan, GREEN (jimat minyak), SPORT (agresif) dan MID.

MINI turut menerapkan beberapa ciri keselamatan penting antaranya:

  • Active Rollover Protection System
  • Airbag
  • Rear Park Distance Control
  • Dynamic Traction Control (DTC)
  • Dynamic Stability Control (DSC)

MINI Malaysia turut menawarkan lima warna pilihan:

  • Caribbean Aqua
  • Chili Red
  • Solaris Orange
  • Melting Silver
  • Starling Blue

MINI Convertible boleh didapati di seluruh negara bermula 20 Julai 2019 dengan harga ditawarkan RM 279,888.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply