Dua Tawaran Baharu Menanti Hafizh Syahrin – Razlan Razali

Demikian kenyataan dibuat Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC), Datuk Razlan Razali berkenaan dengan masa depan pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin.

Kelmarin, KTM mengumumkan penyertaan Brad Binder yang bakal menggantikan tempat Hafizh bagi musim 2020 sebaik kontraknya berakhir bersama KTM Tech3 musim ini.

Menurut Bernama, Razlan mendedahkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya dua tawaran menanti jawapan daripada Hafizh.

“Kontraknya bersama Tech3 telah pun berakhir tetapi dia telah pun mendapat beberapa tawaran dan hanya perlu masa untuk membuat keputusan,”Razlan bercakap kepada Bernama.

Razlan bertemu Hafizh pada Rabu selepas Red Bull KTM Tech3 mengumumkan penyertaan Brad Binder.

Pengurus pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) itu mengakui ketika ini peluang untuknya kekal di MotoGP amat tipis.

“Pasukan Petronas Yamaha SRT juga tiada kekosongan dengan rata-rata pelumba kami memiliki kontrak sehingga 2020,” tambah Razlan.

Bagaimanapun, Razlan meminta peminat Hafizh untuk bersabar di samping menegaskan SIC akan terus membantu Hafizh sekiranya dia mahu meneruskan kariernya dalam perlumbaan tidak kira di MotoGP atau di Moto2.

“Berikan masa pada Hafizh untuk membuat keputusan. Sekarang adalah musim cuti jadi ramai pelumba akan berpindah sana sini,” tambahnya.

(SUMBER: Bernama)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply