Pemilik Terkilan, Kaliper Aprilia RSV4 Dan Ducati Panigale 899 Dicuri!

Seorang pemilik motosikal menjadi mangsa kes kecurian brek kaliper yang berlaku di Bandar Baru Bangi, semalam.

Menurut perkongsian di laman Facebook Moto Garage Puchong, mangsa kehilangan brek kaliper yang terdapat pada kedua-dua motosikal miliknya, – sebuah Aprilia RSV4 dan Ducati Panigale 899!

Lebih memeranjatkan, mangsa tinggal di rumah teres berpagar dan berkunci namun pencuri masih berani masuk ke dalam kawasan rumah untuk melakukan kerja terkutuk itu.

Kes kecurian brek kaliper semakin menjadi-jadi di Malaysia – penulis sendiri pernah menjadi mangsa selepas hanya empat minggu motosikal keluar kedai.

Beberapa bulan lalu, seorang penunggang motosikal yang sedang menjelajah seluruh dunia turut menerima nasib sama ketika singgah di Pulau Pinang.