Warga Singapura Kantoi Tukar Nombor Plat Kenderaan Didenda RM8,000

Mei lalu, netizen telah berkongsikan beberapa gambar yang memaparkan seorang warga Singapura telah bertindak menukar nombor plat kenderaan di sebuah stesen minyak yang terletak di Lebuhraya LinKedua Gelang Patah, Johor Bahru.

Tindakannya itu mencetuskan kemarahan orang ramai dengan rata-rata menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan.

Semalam, tertuduh, Tan Hock Lai, telah dijatuhkan hukuman denda RM8,000 oleh Mahkamah Khas Trafik Johor Bahru selepas mengaku bersalah atas tindakannya menukar nombor plat pada kereta jenis BMW 320i miliknya.

Seandainya tertuduh gagal menjelaskan bayaran tersebut, dia berdepan setahun penjara.

Difahamkan, Tan menyerah diri 2 Julai lalu selepas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan siasatan.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply