Ambil Alih 4 Konsesi Tol Dapat Kurangkan Beban Pengguna – Lim Guan Eng

Sumber: FMT

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata pengambilalihan syarikat konsesi tol oleh kerajaan yang bernilai RM6.2 bilion akan menyaksikan pengguna jalan raya membayar tol dengan kadar lebih rendah.

Menurut laporan The Star, pengguna jalan raya akan dikenakan bayaran 30 peratus lebih rendah ketika waktu puncak sementara tol percuma di luar waktu puncak.

Menurut Guan Eng, pihak kerajaan tidak berniat untuk mengaut keuntungan menerusi kutipan tol sebaliknya pengambilalihan ini bertujuan untuk mengurangkan beban rakyat.

“Pengguna jalan raya akan jimat sehingga RM180 juta kadar tol berbanding sebelum ini sekaligus meningkatkan pendapatan isi rumah sehingga Rm2 bilion,” katanya.

Pada masa sama, Menteri Kewangan itu menegaskan bahawa kadar tol sedia ada tidak akan dinaikan meskipun selepas kerajaan selesai ambil alih empat syarikat konsesi tol tersebut.

Terdahulu, barisan pembangkang mempersoal tindakan kerajaan untuk terus mengenakan kadar tol kepada pengguna jalan raya meskipun manifesto kerajaan Pakatan Harapan berjanji untuk menghapuskan tol sebelum ini.

Bagaimanapun, Guan Eng menjelaskan bahawa tol akan dimansuhkan sebaik kedudukan kewangan negara kembali pulih.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply