Bunyi Kereta Elektrik BMW Vision M NEXT Dapat Sentuhan Hans Zimmer

Baru-baru ini BMW telah mendedahkan perancangan mereka bagi kenderaan elektrik antaranya akan melancarkan 25 kenderaan elektrik menjelang 2023.

Pada masa sama, BMW turut memperkenalkan dua model EV konsep, motosikal Motorrad Vision DC Roadster dan kereta sport BMW Vision M NEXT.

Kedua-dua kenderaan ini ternyata mempamerkan rekaan futuristik dan seakan mendapat inspirasi daripada filem cyberpunk – tidak hairanlah jika kelibat dua jentera ini akan terlihat di beberapa filem akan datang.

Bagaimanapun, seperti semua sedia maklum EV tidak menghasilkan sebarang bunyi daripada enjin.

Justeru, BMW menggunakan khidmat komposer terkenal, Hans Zimmer – yang bertanggungjawab menghasilkan muzik untuk filem Dark Knight Rises, The Amazing Spider-Man 2, Interstellar dan Batman v Superman – bagi menghasilkan bunyi khas bagi setiap kenderaan elektrik.

Tindakan ini bukan perkara baharu kerana pengeluar lain, Jaguar atau Harley-Davidson telah pun menghasilkan bunyi khas bagi kenderaan elektrik mereka.

Zimmer bersama-sama pereka bunyi BMW, Renzo Vitale telah menghasilkan bunyi futuristik bagi Bagi BMW Vision M NEXT, yang seakan-akan menyerupai bunyi yang hanya boleh didapati ketika menonton filem Star Wars!

Dengar bunyi yang dihasilkan untuk BMW Vision M NEXT di bawah:

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]