Rekaan Kawasaki Ninja ZX-25R Dapat Inspirasi H2, Mampu Menjana 60hp!

Kawasaki Ninja ZX-25R dijangka akan membuat penampilan sulung di Tokyo Motor Show 2019, Oktober.

Menurut laporan, jentera tersebut memiliki ‘rev range’ sehingga 20,000rpm.

Dalam tempoh beberapa bulan ini, Kawasaki dilaporkan sedang menghasilkan jentera Ninja 250cc versi baharu. Namun, tidak seperti jentera 250cc lain yang berada dalam pasaran, jentera ini memfokuskan terhadap prestasi semata-mata.

Jentera Ninja ZX-25R dijangka akan didatangkan dengan enjin inline empat silinder dalam usaha Kawasaki untuk menghasilkan enjin berkuasa tinggi meskipun dengan enjin bersaiz kecil.

Ninja ZX-25R dijangka mampu mengatasi pencabar lain tatkala enjin tersebut didakwa mampu menghasilkan sekitar 60hp – 10hp lebih tinggi berbanding Ninja 400.

Antara khabar angin lain adalah enjin ZX-25R mampu mencecah 20,000rpm!

Jika ‘dakwaan’ ini berasas, pastinya Kawasaki perlu menggunakan bahan yang ringan dalam proses binaan kerangka enjin.

Senario ini pastinya menyebabkan ZX-25R memiliki harga yang lebih tinggi berbanding Ninja 250 sedia ada. Difahamkan, reka bentuk Ninja ZX-25R akan diinspirasikan daripada rekaan Ninja H2 termasuk penggunaan lampu LED.

Ninja ZX-25R dijangka akan membuat penampilan sulung di Tokyo Motor Show 2019

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply