Enjin 338cc Parallel-Twin, Percaturan Baharu Harley-Davidson Tahun 2020

Baru-baru ini telah dilaporkan bahawa pengeluar motosikal Amerika Syarikat, Harley-Davidson (HD) akan menjalinkan kerjasama dengan Qianjiang Motorcycle untuk menghasilkan enjin bersaiz kecil bagi pasaran Asia.

Hari ini telah disahkan bahawa jentera tersebut bukanlah sebuah cruiser sebaliknya motosikal jenis naked bike yang akan dijana dengan enjin 338cc parallel-twin dengan cecair penyejuk.

Harley-Davidson (HD) baru-baru ini telah menyiarkan gambar sebuah prototaip yang dijangka bakal menjadi jentera yang akan dipasarkan pada tahun 2020.

Daripada gambar yang dikongsikan, jelas HD mengambil pendekatan baharu dengan mengetepikan pengayaan cruiser yang sinonim dengan jenama itu.

Struktur kerangka trellis dan enjin parallel twin cylinder dengan cecair penyejuk akan dihasilkan di fasiliti Qianjiang di China.

Meskipun tiada maklumat yang lebih terperinci ketika ini namun berdasarkan gambar semata-mata, menunjukkan bahawa jentera ini akan didatangkan dengan ‘upside-down fork’ di bahagian depan dan monoshock di bahagian belakang.

Difahamkan, ‘dual channel ABS’ turut akan didatangkan secara standard.

(SUMBER: GaadiWaadi)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply