Ducati Lancar 9 Model Baharu Serentak, V4 R Paling Curi Tumpuan!

Next Bike Sdn Bhd melancarkan sembilan model Ducati baharu bagi pasaran Malaysia dalam satu majlis Ducati Malaysia Premier 2019 yang berlangsung di Ducati Petaling Jaya, hari ini.

Antara model dilancarkan adalah Ducati Multistrada 1260 Enduro, Hypermotard 950, V4 R, Diavel 1260 S dan Multistrada 950 S diikuti empat model Scrambler baharu; Scrambler 800 Icon, 800 Desert Sled, Full Throttle dan Cafe Racer.

Ducati V4 R (RM299,900)

Jentera yang benar-benar mendefinisikan erti sebenar Ducati yang kerap kali dikaitkan dengan pengayaan, sofistikated dan prestasi. Ducati V4 R menawarkan DNA perlumbaan Ducati dengan enjin Desmosedici Stradale R yang lebih responsif – menghasilkan 221hp pada 15,250rpm! Tak cukup dengan itu, Ducati bertindak memasang Ducati Performance ekzos oleh Akrapovic.

Antara ciri lain yang terdapat pada model ini:

  • Bosch Cornering ABS EVO
  • Ducati Traction Control (DTC) EVO
  • Ducati Wheelie Control (DWC) EVO
  • Ducati Slide Control (DSC)
  • Engine Brake Control (EBC) EVO

Ducati Multistrada 1260 Enduro (RM138,900)

Ducati mengangkat status Multistrada ke taraf yang lebih tinggi dengan Multistrada 1260 Enduro dengan enjin Ducati Testatretta DVT 1262 serba baharu yang menjana 158hp pada 9,500rpm.

Antara ciri yang terdapat pada model ini:

  • Evo Ducati Skyhook Suspension (DSS)
  • Up/down Ducati Quick Shift (DQS)
  • Bosch Cornering ABS
  • Ducati Traction Control (DTC)
  • Ducati Wheelie Contorl (DWC)
  • Ducati Cornering Lights
  • Vehicle Hold Control (VHC)

Ducati Multistrada 950 S (RM95,900)

Dilengkapi enjin 937cc Testastretta 11 twin silinder dengan Desmodromic valve, Multistrada 950 S menghasilkan 113hp pada 9,000rpm.

Antara ciri yang terdapat pada model ini:

  • Bosch Cornering ABS
  • Riding Mode
  • Ducati Traction Control (DTC)
  • Ducati Cornering Lights
  • Vehicle Hold Control (VHC)

Ducati Hypermotard 950 (RM75,900)

Seperti imej liar dan buas yang ditampilkan, Hypermotard 950 kini disuntik dengan penampilan lebih sporty berinspirasikan jentera motard. Dilengkapi enjin 937cc twin silinder Testaretta 11 dengan piston serba baharu, enjin ini mencerna 114hp pada 9,000rpm.

Antara ciri yang terdapat pada model ini:

  • Riding Mode
  • Bosch Cornering ABS
  • Ducati Traction Control (DTC) EVO
  • Ducati Wheelie COntrol (DWC) EVO

Ducati Diavel 1260 S (RM139,900)

Cantik, berkuasa dan penuh gaya, Diavel 1260 dilengkapi dengan enjin evolusi terbaru, Ducati Testasretta DVT 1262 yang menghasilkan 152hp pada 9,500rpm.

Meskipun memiliki berat 220kg namun Diavel 1260 S dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan antaranya:

  • Bosch Cornering ABS
  • Ducati Traction Control (DTC)
  • Riding Mode
  • Power Mode

Tapi kalau rasa kurang berminat dengan jentera di atas,  ada empat lagi model dalam keluarga Ducati Scrambler yang akan menyusul!

Bagi mereka yang berminat jangan lupa bergegas ke Ducati Petaling Jaya bagi meninjau kesemua model baharu ini!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply