Antara Ducati Scrambler Desert Sled, Icon, Cafe Racer Dan Full Throttle

Next Bike Sdn Bhd melancarkan empat model Ducati  Scrambler dalam majlis Ducati Malaysia  Premier  2019 yang berlangsung di Naza Automall, hari ini.

Empat model tersebut adalah Ducati Scramber 800 Desert Sled,  Scrambler 800 Icon,  Scrambler 800 Cafe Racer dan Scrambler 800 Full Throttle.

Tekan SINI bagi reviu penuh kami mengenai Scrambler 800 Desert Sled dan 800 Icon.

Keempat-empat model membuat penampilan pertama ketika di Ducati World Premier 2019 dan kemudian di EICMA 2018.

Kini model yang disuntik dengan DNA jentera 70an ini telah pun mendarat di Malaysia.

Seperti Desert Sled dan Icon,  Cafe Racer dan Full Throttle dibina bagi golongan muda yang dahagakan keseronokan sambil menunggang motosikal.

Keempat empat model dilengkapi dengan Ducati Multimedia System yang membenarkan penunggang mendengar lagu dalam kesibukan ibu kota.

Kesemua model turut memiliki butang switch baharu bagi memudahkan kawalan paparan LCD.

Rekaan dan warna bagi Cafe Racer mendapat inspirasi daripada 125 GP Desmo dan aluminium handle bar termasuk cermin sisi bar-end era 60an.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan American Super Hooligan Championship 2018 pastinya menyedari bahawa pilihan warna Scrambler Full Throttle lahir daripada jentera ditunggangi pelumba Frankie Garcia.

Daripada aspek kuasa,  Full Throttle mendapat suntikan enjin Desmodromic 803cc L-Twin yang menjana 73hp pada 8,250rpm.

Berikut senarai harga bagi keempat-empat model:

  • Ducati Scrambler 800 Icon – RM52,900
  • Ducati Scrambler 800 Desert Sled – RM67,900
  • Ducati Scrambler Cafe Racer – RM67,900
  • Ducati Scrambler Full Throttle – RM62,900

Bagi yang berminat untuk tinjau kesemua model jangan lupa singgah Ducati Petaling Jaya!

 

 

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply