Lee Motors Autocare Kini Menawarkan Pengalaman Premium BMW

Lee Motors Autocare kembali buka pintu untuk orang ramai setelah pusat pameran itu dinaik taraf agar dapat menawarkan pengalaman BMW Malaysia Premium Ownership di bahagian utara tanah air.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl memuji kesungguhan Lee Motors Autocare yang komited dalam menyediakan pengalaman terbaik bagi pelanggan.

“Para pengedar kami menyumbang kejayaan terbesar dalam merealisasikan janji kami kepada pelanggan di seluruh negara. Sehingga kami, kami telah menyerahkan lebih 5,000 kenderaan – kenaikan 6 peratus berbanding tahun lalu,” jelasnya.

Pada masa sama Pengarah Urusan Lee Motors Autocare, Eugene Lee menjelaskan bahawa mereka akan terus berusaha dalam menyediakan servis terbaik kepada orang ramai.

“Kami memiliki pengalaman lebih 10 tahun dalam menyamapaikan pengalaman terbaik BMW di negara ini. Kami bangga dengan usaha untuk memacu jenama BMW dengan menyediakan servis dan pengalaman terbaik kepada pelanggan,” katanya.

Tahun lalu, Lee Motors Autocare merekodkan pertumbuhan lebih 30 peratus berbanding 2017 – di samping berjaya menyerahkan lebih 200 unit kenderaan BMW. Selain daripada menawarkan servis Sales, Service, Spare Parts dan System (4S) bagi jenama BMW, mereka juga akan bertindak selaku pengedar BMW Premium Selection.

Pusat pameran Lee Motors Autocare boleh memuatkan tuuh kereta BMW dan enam unit BMW Premium Selection. Lee Motors Autcare terletak di Lorong Perak 18, Alor Setar, Kedah.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply