Adik Meninggal Dunia, Afdlin Shauki Mohon Info Kemalangan Dari Orang Ramai

Sumber: Afdlin Shauki @ Instagram

Pelakon, pelawak dan pengacara popular tanah air, Afdlin Shauki memuat naik berita sedih di laman sosial Instagram miliknya apabila memaklumkan bahawa adiknya, Jefri Adzman telah meninggal dunia.

“Adik lelaki saya, Jefri Adzman Bin Aksan telah pulang ke rahmatullah pada hari ini, pukul 5:14pm di Hospital Thomson Kota Damansara.

“Moga rohnya ditempatkan di kalangan roh-roh orang yang beriman.

“Pada yang mengenali adik saya, saya memohon maaf segala kesilapan beliau. Dan halalkan makan dan minum beliau. Jika adik saya ada berhutang dgn sesiapa, boleh lah sekiranya menghubungi saya.

“Sekarang adik dah boleh jaga mak In Shaa Allah di jannah. Tak aci korang dah bersama. Ya Allah jagalah mereka, hindarkanlah siksa kubur, elakkan dari azab api neraka, elakkan dari fitnah sewaktu hidup dan selepas mati. Elakkan dari fitnah dajjal. Kejap sangat Allah pinjamkan kau dekat kami jep… Yeop sayang kau jep,” – Afdlin Shauki

Arwah mengalami kecederaan serius apabila terlibat dalam satu kemalangan di hadapan stesen Petronas, Kota Damansara, Ahad lalu.

Menurut laporan Mstar, mangsa – yang ketika itu menunggang Vespa – dilanggar dibahagian tepi oleh sebuah kereta Perodua Myvi berwarna hijau.

Afdlin menerusi akaun Instagram ada memuat naik video meminta orang ramai untuk berkongsi sebarang maklumat atau rakaman dashcam mengenai kejadian tersebut, semalam.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply