Tiada ‘Selfie’ Tiada Grab

Syarikat e-hailing popular Malaysia, Grab mewajibkan setiap penumpang untuk menghantar gambar swafoto bagi mereka yang mahu menggunakan servis tersebut sebelum 12 Julai ini, dalam usaha untuk memastikan keselamatan pemandu dan penumpang.

Baru-baru ini beberapa kes bunuh melibatkan pemandu Grab mengejutkan warga kota sekaligus memaksa syarikat e-hailing gergasi itu mengambil langkah baru bagi menjaga keselamatan pemandu.

Grab mewajibkan setiap penumpang untuk menghantar swafoto sebelum 12 Julai dalam satu pengumuman yang dibuat menerusi aplikasi Grab.

Pengumuman tersebut menjelaskan bahawa swafoto tersebut akan digunakan sebagai pengesahan identiti sekali sahaja.

Sementara itu, bagi mengelakkan penggunaan identiti palsu, Grab dibenarkan untuk meminta pengesahan swafoto sekali lagi jika perlu.

Ciri swafoto ini merupakan sebahagian daripada teknologi pengesahan yang diumumkan bersama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, April lalu.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply