Op Selamat: 14,000 Kemalangan, 159 Kematian Dalam Tempoh 9 Hari

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis @ Facebook

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan bahawa lebih 14,793 kemalangan jalan raya berlaku – melibatkan 20,903 kenderaan – sejak bermulanya Op Selamat pada 29 Mei lalu hingga 6 Jun 2019.

Menurut laporan tersebut Selangor merekodkan kemalangan tertinggi dengan 4,057 diikuti Johor (2,259) dan Kuala Lumpur (1,895).

Sementara itu, 159 kematian dilaporkan dengan 49 mengalami kecederaan serius manakala 118 individu mengalami kecederaan ringan.

Sumber: Sumisha Naidu @ Twitter

Sejak Op Selamat berlangsung, pihak berkuasa telah mengeluarkan lebih 197,000 saman di seluruh negara.

Pada masa sama, Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia, Zakaria Ahmad Zabidi mendedahkan 13 daripada 18 kemalangan maut berlaku di leburaya melibatkan penunggang motosikal.

Menurut laporan NST, Zakaria memohon agar semua penunggang motosikal untuk lebih berhati-hati ekoran angka kematian melibatkan penunggang berada di tahap membimbangkan.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply