Ferrari Monza SP1 Terima Anugerah Red Dot: Best of the Best 2019!

Ferrari bakal menerima dua anugerah berprestij di Red Dot Award: Product Design 2019 yang akan berlangsung di Essen, Jerman pada 8 July depan.

Dua anugerah tersebut – Anugerah Best of the Best bagi Monza SP1 dan anugerah kehormat bagi pasukan pereka Ferrari yang diketuai Flavio Manzoni.

Sejak 2015, Ferrari telah merangkul 14 anugerah bagi Red Dot Award: Product Design dengan anugerah Best of the Best merupakan pencapaian kelima berturut-turut bagi Ferrari – selepas FXX-K, 488 GTB, J50 dan Portofino.

Dalam sejarah automotif, tiada pengeluar lain yang berjaya merekodkan pencapaian sama.

Sementara itu, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Anugerah Red Dot, Prof. Dr. Peter Zec berkata Ferrari memahami konsep pembuatan kereta mewah.

“Mereka faham bagaimana untuk membina kereta yang akan menjadi rebutan ramai. Pereka mereka menggunakan teknologi terkini bagi menghasilkan jentera yang tiada tolok bandingya,”katanya.

“Anugerah ini meningkatkan lagi semangat Pasukan Pereka Ferrari untuk menghasilkan jentera yang lebih kreatif,” ujar Timbalan Presiden Bahagian Rekaan Ferrari, Flavio Manzoni.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]