Honda CRF850L Sedang Dalam Pembikinan – Africa Twin Mampu Milik?

Difahamkan, Honda sedang dalam proses pembikinan motosikal ‘adventure’ baharu – CRF850L atau Africa Twin dengan enjin yang lebih kecil.

Menurut khabar angin tersebut, model tersebut akan ditayangkan pada 2020 dan akan dijual sebagai model tahun berikutnya.

Bagaimanapun, masih tiada kepastian tentang reka bentuk sebenar model ini. Tetapi difahamkan, CRF850L akan memiliki mengekalkan rekaan sama seperti Africa Twin.

Model ini juga dijangka akan didatangkan dengan enjin ‘in-line twin’ yang lebih kecil.

Sementara itu, timbul laporan bahawa Honda akan memperkenalkan Africa Twin dengan enjin yang lebih besar tahun depan.

Besar kemungkinan CRF1000L akan berubah ke CRF1100L, sekaligus dapat memenuhi piawaian Euro 5 dan Euro 5 tanpa perlu mengorbankan kuasa enjin.

Oleh itu, kehadiran CRF850L adalah satu gerakan yang relevan buat Honda terutamanya bagi merancakkan segmen ‘middleweight’.

CRF850L akan menjadi pesaing terhadap jentera ‘adventure’ lain antaranya Yamaha Tenere 700, F850GS dan KTM 790 Adventure R.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]