BMW X4 Dilancarkan – Harga Bermula Dari RM380,000!

 

BMW Group Malaysia melancarkan BMW X4 serba baharu dalam satu majlis buka puasa yang berlangsung malam semalam. Model berkonsepkan Sports Activity Coupe (SAC) itu kini didatangkan dengan pemanduan yang lebih dinamik, reka bentuk menarik dan teknologi baharu yang dikemaskini.

“BMW X4 menetapkan petanda aras baharu apabila julung kali diperkenalkan pada 2014 sebagai Sports Activity Coupe. Dengan rekaan baharu dan ketangkasan yang telah dipertingkatkan, BMW X4 ini akan terus menetapkan tahap baharu dalam keseronokan memandu sebuah kenderaan BMW,”jelas Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl.

X4 generasi kedua ini menampilkan rekaan luar yang lebih garang sekaligus menampakkan lagi ciri sebenar Sports Acitivity Coupe.

BMW X4 kini didatangkan dengan enjin 2.0 liter empat silinder yang mampu menghasilkan 252hp dan 350Nm sekaligus mampu mencatat 0-100km/j di bawah 6.3 saat!

Segala keupayaan kereta ini dikawal menerusi transmisi Steptronic Sport lapan-kelajuan yang bukan sahaja menawarkan pertukaran gear lebih cepat malah penggunaan minyak yang lebih efisien.

Lebih menarik, model ini turut dilengkapi dengan Launch Control!

Antara ciri menarik lain yang boleh didapati adalah:

  • xDrive all-wheel drive
  • Adaptive Suspension
  • Variable Sport Steering
  • Electronic differential lock
  • Hill-Start Assistant
  • Hill Descent Control along with Performance Control

Ruang dalam menempatkan paparan Navigation System Professional dengan Touch Sensitive Control Display berukuran 10.25 inci selain daripada paparan Multifunctional Instrument berukuran 12.3 inci.

BMW X4 xDrive30i M Sport ini ditawarkan pada harga RM380,000. Untuk maklumat lanjut layari www.bmw.com.my

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply