Pratonton Eksklusif Diavel 1260 S, Jentera Luar Biasa Ducati

Pengamal media permotoran dan ahli Desmo Owners Club (DOC) Malaysia telah dijemput bagi menyaksikan pra-tonton ekslusif Ducati Diavel 1260 S dalam satu majlis iftar yang dianjurkan Next Bike Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Ducati di Malaysia.

 

Unik dan luar biasa, dua perkataan yang sesuai digunakan bagi menceritakan tentang Diavel 1260 S. Model ini mampu mencuri tumpuan semua lapisan masyarakat dengan rekaan lain dari yang lain.

Jadi tidak hairanlah model asas Diavel 1260 S telah berjaya merangkul anugerah Red Dot Award 2019: Best of the Best!

Diavel 1260 S dilengkapi enjin Testastretta DVT bersesaran 1,262 cc yang berkemampuan menghasilkan 159 hp pada 9,500 rpm dan 12 Nm pecutan.

Dilengkapi dengan chasis yang telah dikemaskini, jentera ini kini lebih responsif dalam apa jua permukaan jalan dan dilengkapi sistem brek setaraf dengan sport bike – perlu diingat Diavel 1260 S adalah bercirikan cruiser!

Bagi memudahkan tunggangan, Diavel 1260 S turut didatangkan dengan Bosch Cornering ABS, penyerap hentakan Ohlins boleh laras di bahagian depan dan belakang, serta sistem brek berprestasi tinggi!

Bukan itu sahaja, model ini turut dilengkapi Ducati Quick Shift up & down (DQS) yang didatangkan secara standard.

Peminat Ducati boleh berkunjung ke pengedar Ducati seluruh negara bagi menyaksikan model ini dengan lebih dekat. Ikuti perkembangan lanjut di laman Facebook Ducati Malaysia.

Dalam perkembangan sama, Next Bike Sdn Bhd telah menjemput pengamal media dan DOCM bagi sesi berbuka puasa di Pusat Pameran Ducati Malaysia baharu. Majlis iftar tersebut meraikan peminat Ducati seluruh negara dan mengeratkan lagi hubungan antara pengamal media dan peminat jenama motosikal Itali itu.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply