Mekanik Putus Tangan Hanya Sebab Enggan Tingkatkan Kelajuan Motosikal

Seorang mekanik berkuturunan Patani putus pergelangan tangan kanan sementara hampir putus tangan kiri hanya sebab enggan menaik taraf kelajuan sebuah motosikal bagi tujuan lumba haram, tiga hari lalu.

Kejadian yang berlaku di Changlun, Kedah itu berlaku sekitar jam 9 malam apabila empat suspek – sambil memakai topeng muka – telah datang ke rumah mangsa lalu menyerang dengan parang.

Serangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala, leher, pinggang dan pergelangan kaki kanan.

Lebih menyedihakn, pergelangan tangan mangsa yang putus dipercayai telah dibawa lari suspek selepas kejadian.

Suspek turut cuba untuk menyerang anak mangsa berusia lapan dan 13 tahun namun sempat dihalang isteri mangsa – yang mengalami kecederaan pada tangan kiri.

Ketua Polis daerah, Superintenden Mohd. Ismail Ibrahim berkata kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati salah seorang suspek apabila mangsa menolak permintaan untuk meningkatkan kelajuan motosikal.

Suspek turut dipercayai telah datang ke rumah mangsa beberapa kali sebelum ini.

Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

(SUMBER: Utusan Malaysia)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply