Hanya RM80 Ribu Untuk Miliki ‘Baby Vellfire’

Toyota Avanza 2019 kini dibuka untuk tempahan di semua pusat pameran seluruh negara.

UMW Toyota Motor Sdn Bhd mengumumkan bahawa model baharu tersebut didatangkan dengan varian – Avanza 1.5E, Avanza 1.5S dan Avanza 1.5S+.

Bagaimanapun, varian Avanza 1.5G tidak disambung sementara Avanza 1.5S+ menggantikan varian Avanza 1.5X.

Berikut senarai harga bagi ketiga-tiga varian:

Avanza 1.5E – Rm80,888
Avanza 1.5S – RM83,888
Avanza 1.5S+ – RM87,888

Pelanggan boleh memilih diantara empat warna baharu; Dark Red Mica Metallic, Silver Mica Metallic dan Black Metallic.

Sementara itu, model baharu Avanza ini turut dipertingkatkan dengan pelbagai ciri baharu antaranya, lampu hadapan Bi-LED dan lampu kabus depan sebagai pencahayaan sokongan.

Lampu hadapan Bi-LED tersebut turut membuatkan rupa keseluruhan Avanza tampak seakan model yang lebih premium, Toyota Vellfire.

Seperti Vellfire, Avanza baharu ini juga memiliki rekaan lebih anggun dan bukannya ‘bulat’ seperti MPV lain di dalam kelasnya.

Toyota turut beri jaminan bahawa model baharu ini adalah lebih senyap hasil daripada rekaan semula bahagian cermin pintu bagi mengurangkan tekanan angin negatif.

Rim 15 inci turut didatangkan sebagai standard bagi semua varian dan saiz tayar ganti juga adalah sama seperti tayar yang digunakan.

Menjenguk ke bahagian dalam, Avanza kini didatangkan dengan warna dashboard dua tona dan fabrik kerusi berwarna hitam sekaligus menonjolkan lagi rekaan premium.

Kalau berminat untuk melihat dengan lebih dekat kesemua varian baharu ini, sila kunjungi pengedar rasmi Toyota terdekat.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply