Pemilik Stesen Minyak Ini Tawarkan Baju Raya Terpakai Secara Percuma!

Sumber: Google Maps

Seorang pemilik stesen minyak Shell di Batu Berendam, Melaka telah menyemarakkan lagi bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya yang menjelang tiba apabila menawarkan baju raya terpakai kepada orang ramai.

Terletak di Jalan Mohd Zin Dsh, difahamkan inisiatif tersebut telah pun berlangsung sejak Ramadan bermula.

Menurut laporan Astro Awani, pengendali stesen tersebut, Zulkifly Jantan telah menyediakan seksyen bagi pakaian kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Sumber: Melaka Daily @ Facebook

Meskipun terpakai namun setiap pakaian berada dalam keadaan seperti baharu dan ada diantaranya adalah barangan berjenama!

Inisiatif Zulkifly turut mendapat perhatian orang ramai yang telah membawa pakaian terpakai mereka sendiri untuk diserahkan kepada mereka yang memerlukan.

Menurut Zulkifly, ini adalah kali kedua program seumpamanya diadakan.