Honda HR-V RS Kini Dengan Ruang Dalam Serba Hitam!

Honda Malaysia memperkenalkan ruang dalam serba baharu bagi model HR-V RS bagi meningkatkan lagi gaya sporty model terbabit.

Pengenalan terhadap ruang dalam yang serba hitam itu merupakan respon Honda terhadap maklumbalas pelanggan yang mahukan ruang dalam yang tampak lebih sofistikated di samping meningkatkan lagi pengalaman Joy of Owning bagi setiap kenderaan Honda.

Menggantikan warna Ivory, ruang dalam berwarna hitam ini memenuhi ruang konsol, panel depan, tempat duduk pemandu dan penumpang serta lining di pintu.

Warna baharu tersebut nyata sepadan dengan ciri-ciri praktikal yang terdapat dalam HR-V antaranya, Multi-Utility Cargo Space, Multi-Angle Rearview Camera, 8-Way Driver Power Seat, Honda LaneWatch Camera, Cruise Control dan Paddle Shift.

HR-V turut dilengkapi dengan ciri keselamatan terbaik antarya 6 beg udara, Emergency Stop Signal (ESS), Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA) dan ISO Fix.

Sehingga kini, lebih 12,000 tempahan bagi HR-V telah diterima dengan lebih 7,000 unit telah pun diserahkan kepada pelanggan.

Sambutan menakjubkan ini semakin mencapai sasaran 60 peratus yang ditetapkan Honda bagi tahun ini meskipun baru empat bulan.

HR-V kekal mendahului segmen SUV Kompak sehingga Mac 2019.

Pelanggan boleh singgah di mana-mana 98 pengedar rasmi Honda bagi membuat tempahan. Untuk maklumat lanjut, layari www.honda.com.my

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.