11 Kamera AWAS Akan Ditambah DI Lebuhraya PLUS

Sumber: Astro Awani

Dalam usaha mengurangkan kemalangan jalan raya terutamanya di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), kerajaan akan menambah lebih 11 kamera Automated Awareness System (AWAS).

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamaruddin Jaffar menjelaskan pemasangan 11 kamera terbabit yang dijangka siap hujung tahun ini diputuskan setelah mengadakan sesi kajian bersama badan berkaitan antaranya PLUS Malaysia dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Menurut Datuk Kamaruddin, antara lokasi dipersetujui adalah Terowong Menora di Ipoh yang sering kali berlaku kemalangan.

Kos pemasangan dan penyelenggaraan berskala bagi semua 11 unit kamera AWAS yang beranggaran sekitar RM3 juta tersebut akan ditanggung sepenuhnya pihak PLUS.

Ketika ini ada terdapat 19 kamera AWAS yang diletakkan di sepanjang lebuhraya PLUS.

Pada masa sama, PLUS menyerahkan 10 unit kenderaan jenis Honda CRV kepada JPJ yang akan digunakan bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan di sepanjang lebuhraya PLUS.

(SUMBER: Bernama)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.