Boon Siew Honda Umum Kemas Kini Baharu Bagi CB250R Dan CRF250 RALLY!

Berita baik bagi peminat jentera 250cc keluaran Honda apabila Boon Siew Honda memperkenalkan model CB250R dan CRF250 RALLY yang telah dikemas kini dengan rekaan dan ciri lebih menarik!

Sejak diperkenalkan pada 2018, model CB250R telah menarik minat memberangsangkan daripada peminat jentera dua roda.

Bagi tahun 2019, CB250R telah didatangkan dengan rekaan luar yang lebih sporty!

Lampu bulat ikonik juga telah dipadankan dengan fork depan berwarna gangsa sekaligus meningkatkan lagi gaya ‘Neo Sports Cafe’ yang menjadi nadi CB250R sebelum ini.

Bukan itu sahaja, unit dengan warna Candy Chromosphere Red kini didatangkan dengan rim berwarna gangsa bagi menonjolkan lagi rekaan keseluruhan CB250R.

Antara ciri yang terdapat di CB250R yang telah dikemas kini adalah, ABS, lampu LED, meter digital LCD, fork terbalik SHOWA, penyerap hentakan belakang SHOWA boleh laras serta tangki berkapasiti 10.1 liter.

CB250R dengan pilihan warna Candy Chromosphere Red ditawarkan pada harga RM23,499 sementara Graphite Black/Mat Crypton Silver Metallic, RM22,999.

Sementara itu, Honda turut mengumumkan CRF250 RALLY yang telah dikemas kini dengan rekaan baharu yang diinspirasikan daripada CRF450 RALLY Dakar.

CRF250 RALLY dengan ABS kini dilengkapi pelbagai ciri menarik antaranya, lampu depan LED asimetrik, meter digital LCD, cermin depan tergantung, fork terbalik SHOWA dan tangki 10.1 liter.

Harga ditawarkan bagi model CRF250 RALLY (ABS) adalah RM26,999.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh berkunjung ke pengedar rasmi Honda terdekat atau layari www.boonsiewhonda.com.my

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply