Marquez Kembali Ke Podium, Quartararo Alami Masalah Jentera

Sumber: StadiumAstro

Pertahan juara, Marc Marquez, mendominasi perlumbaan di Litar Jerez sekaligus merekodkan kemenangan keduanya musim ini.

Marquez bangkit daripada kekecewaan di GP Amerika dua minggu lalu apabila gagal menamatkan perlumbaan ekoran kemalangan.

Pelumba Sepanyol itu berjaya memintas dua wakil Petronas Yamaha, Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo sebaik perlumbaan dilepaskan untuk menduduki petak pertama.

Pelumba Repsol Honda itu kemudiannya mudah meninggalkan Franco Morbidelli dan Quartararo untuk mendahului perlumbaan sehingga ke pusingan terakhir.

Quartararo kemudiannya terpaksa bersara di pusingan ke-14 apabila jenteranya mengalami masalah gear.

Ketika itu, wakil Suzuki, Alex Rins – yang memenangi GP Amerika sebelum ini – memecut laju dari kedudukan ke sembilan untuk menduduki tempat kedua. Keputusan tersebut menyaksikan Rins kini hanya satu mata dibelakang Marquez dalam kedudukan kejuaraan keseluruhan.

Tempat ketiga menjadi milik seorang lagi wakil Sepanyol, Maverick Vinales dari pasukan Yamaha.

Pelumba veteran, Valentino Rossi – yang memulakan perlumbaan di kedudukan ke-13 – menghabiskan kebanyakkan masa perlumbaan di belakang Jack Miller namun berjaya memperbaiki kedudukan ke tempat ke-6 sebaik berjaya memintas wakil Pramac Ducati itu.

Sementara itu, Morbidelli – meskipun memulakan perlumbaan di kedudukan kedua – hilang lima kedudukan sekaligus menamatkan perlumbaan di tempat ke-7 di hadapan dua wakil LCR Honda, Cal Crutchlow dan Takaaki Nakagami.

Wildcard Honda, Stefan Bradl turut membuat kejutan menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 di hadapan rakan sepasukan Marquez, Jorge Lorenzo yang menduduki tempat ke-12.

Dalam perkembangan sama, wakil tunggal negara, Hafizh Syahrin menamatkan perlumbaan di kedudukan terakhir (ke-19).

Keputusan penuh:

1. Marc Marquez (Repsol Honda)
2. Alex Rins (Suzuki Ecstar) +1.654secs
3. Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha) +2.443s
4. Andrea Dovizioso (Ducati) +2.804s
5. Danilo Petrucci (Ducati) +4.748s
6. Valentino Rossi (Monster Energy Yamaha) +7.547s
7. Franco Morbidelli (Movistar Yamaha) +8.228s
8. Cal Crutchlow (LCR Honda) +10.052s
9. Takaaki Nakagami (LCR Honda) +10.274s
10. Stefan Bradl (Repsol Honda) +13.402s
11. Aleix Espargaro (Aprilia) +15.431s
12. Jorge Lorenzo (Repsol Honda) +18.473s
13. Pol Espargaro (Red Bull KTM Factory Racing) +20.156s
14. Johann Zarco (KTM) +26.706s
15. Tito Rabat (Ducati) +28.513s

Kedudukan kejuaraan:

1. Marc Marquez (Repsol Honda) 70
2. Alex Rins (Suzuki Ecstar) 69 (-1)
3. Andrea Dovizioso (Ducati) 67 (-3)
4. Valentino Rossi (Monster Energy Yamaha) 61 (-9)
5. Danilo Petrucci (Ducati) 41 (-29)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.