Ducati-Vmoto Bakal Bangunkan Skuter Elektrik Bersama?

Sumber: Electrek

Pengeluar motosikal Itali, Ducati, dikhabarkan sedang dalam proses menghasilkan sebuah jentera elektrik bagaimanapun, mereka kini akan mengeluarkan sebuah skuter elektrik terlebih dahulu setelah memeterai perjanjian bersama Vmoto.

Vmoto – sebuah pengeluar motosikal dan skuter elektrik berpangkalan di China – mendedahkan bahawa mereka telah memeterai perjanjian bersama Ducati untuk menghasilkan sebuah skuter elektrik.

Perjanjian usahasama tersebut menandakan bahawa skuter elektrik CUx akan dijenamakan semula sebagai produk rasmi Ducati.

Vmoto turut mengatakan bahawa mereka kini akan menghasilkan bukan sahaja model CUx standard bahkan varian premium.

Skuter elektrik Ducati CUx akan diedarkan dan dijual menggunakan jaringan Vmoto sedia ada namun Ducati akan mengendalikan semua aspek pemasaran.

Meskipun berita ini bukanlah yang dijangka peminat Ducati di seluruh dunia namun ini bukan kali pertama mereka tersasar daripada landasan kerana sebelum ini Ducati turut memasarkan basikal elektrik.

Sehingga kini skuter elektrik CUx dipasarakan dibawah nama Super SOCO – Vmoto merupakan syarikat pemilik Super SOCO.

Skuter elektrik CUx 2019 kini memiliki 3.75hp dengan kelajuan maksima 45 km/j. Meskipun tidaklah laju namun ia cukup sesuai untuk kegunaan di kawasan bandar dengan keadaan trafik yang sesak.

Sumber: Electrek

Skuter ini turut memiliki ‘front facing camera’ yang boleh digunakan sebagai action camera untuk berkongsi di media sosial atau bertindak sebagai dash cam.

(SUMBER: Electrek)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]