Motosikal Buatan Khas Berluti Triumph Bonneville

  • Motosikal buatan khas Berluti Triumph Bonneville adalah satu contoh yang baik gabungan fesyen dan permotosikalan.
  • Berluti merupakan sebuah jenama di bawah Louis Vuitton.
  • Panel badannya diperbuat daripada gentian karbon dan enjinnya dikekalkan standard.

Terdapat pelbagai sebab mengapa kita amat menggemari motosikal; salah satu daripadanya adalah ianya boleh diubahsuai mengikut apa sahaja falsafah yang kita inginkan. Salah satu contohnya adalah motosikal buatan khas Berluti Triumph Bonneville yang cukup bergaya sekali, ia boleh menjadi model di atas pentas peragaan.

Ianya bukan suatu perkara yang baharu bagi label fesyen untuk terlibat dengan dunia permotosikalan. Ada antara label fesyen ini telah menghasilkan pakaian dengan gaya kelengkapan menunggang, manakala ada antaranya yang telah menempah pembinaan motosikal. Sebagai contoh, Chanel baru-baru ini telah bekerjasama dengan Pharrell Williams dan Veldt bagi mencipta helmet yang amat ranggi.

Motosikal ini telah ditempah oleh Maison Berluti, sebuah jenama di bawah jenama terkenal Louis Vuitton (LV). Motosikal ini merupakan sebahagian daripada koleksi “Berluti Beach”, yang mana antaranya terdiri daripada sebuah Porsche 911 Targa, kit pemberat gim, dan juga bolasepak.

Seperti mana yang boleh dilihat daripada gambar di atas, panel badan standardnya telah digantikan panel badan yang lebih menggiurkan, diperbuat daripada sekeping gentian karbon. Dan oleh kerana Berluti merupakan pakar barangan kulit, pelananya telah diperkemaskan dengan kulit berwarna perang “Vitello Fiore”.

Enjin 1200cc, sejukan cecair T120-nya itu kekal standard.

Motosikal ini akan dilelong di Sotheby, bersama dengan sepasang but kulit sepadan dan helmet yang dilitupi dengan kulit.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]