GP Azerbaijan: Mercedes Lakar Sejarah Baharu Di Formula 1!

Sumber: StadiumAstro

Mercedes mencatat sejarah baharu dalam sukan permotoran Formula 1 apabia merekodkan kemenangan satu dua buat kali keempat berturut-turut musim ini selepas Valtteri Bottas menjuarai perlumbaan diikuti rakan sepasukan Lewis Hamilton kedua di GP Azerbaijan, malam tadi.

Kemenangan itu turut menyaksikan Bottas kini mendahului kedudukan kejuaraan dengan perbezaan satu mata di atas Hamilton.

Sumber: StadiumAstro

Tempat ketiga menjadi milik wakil Ferrari, Sebastian Vettel sementara rakan sepasukannya, Charles Leclers – yang mendahului perlumbaan buat satu tempoh yang lama dan menerima padah apabila lambat memasuki pit – terpaksa berpuas hati dengan kedudukan kelima di belakang Max Verstappen.

Sumber: StadiumAstro

Hamilton dan Bottas bersaing dengan cukup sengit memasuki beberapa selekoh pertama sebaik perlumbaan bermula.

Meskipun Leclerc merekodkan pusingan terpantas selepas memasuki pit dan memakai set tayar yang baru namun masih tidak cukup untuk menggugat hari bersejarah Mercedes di Baku.

Dalam perkembangan lain, buat kali ketiga selepas empat percubaan, wakil Renault, Daniel Ricciardo gagal menamatkan perlumbaan.

Pelumba Australia itu cuba untuk memintas Daniil Kvyat yang berada di kedudukan ke-10 namun percubaannya di selekoh ketiga gagal lantas menyebabkan kedua-duanya terlajak ke luar litar.

Untuk mengeruhkan lagi keadaan, Ricciardo telah melanggar Kvyat apabila dengan secara tiba-tiba mengundurkan kenderaanya lalu menyebabkan kedua-dua jentera bersara.

(SUMBER: StadiumAstro)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]