Enjin Boxer 1800cc Motosikal Cruiser BMW Bakal Tiba Pada Tahun 2020

  • Enjin Boxer 1800cc motosikal cruiser BMW akan tiba pada tahun 2020.
  • Berita ini telah disahkan oleh BMW Motorrad.
  • Enjin prototaip tersebut pada waktu ini telah digunakan sebagai penjana kuasa bagi motosikal buatan khas.

Ianya telah disahkan bahawa enjin Boxer 1800cc bagi motosikal cruiser BMW akan membuat kemunculannya pada tahun 2020. Berita ini telah disahkan oleh Timo Reschm Naib Presiden Jualan dan Pemasaran BMW Motorrad.

Resch telah membuat kenyataan tersebut sewaktu acara Handbuilt Show di Austin, Texas, di mana Revival Cycles telah memperagakan sebuah motosikal buatan khas yang bergelar “Birdcage” yang dilengkapi dengan sebuah enjin Boxer 1800cc.

Dengan kerangka titanium kimpalan Birdcage yang mempersonakan itu, motosikal ini telah dicipta atas permintaan BMW Motorrad bagi memperagakan enjin yang baharu itu. Enjin ‘pushrod’ yang besar itu bakal menjadi platform bagi sebuah motosikal cruiser yang baharu pada tahun 2020.

Motosikal Birdcage ini merupakan motosikal kedua yang menggunakan enjin 1800cc berkenaan, selepas motosikal “R18”, yang telah dibina oleh Custom Works Zon dari Jepun.

“”Kami akan mempersembahkan sebuah motosikal konsep yang dibangunkan oleh BMW Motorrad yang didatangkan dengan enjin ini dalam separuh pertama tahun 2020. BMW Motorrad akan mempersembahkan satu rangkaian motosikal pengeluaran dengan enjin Big Boxer bagi segmen motosikal cruiser dalam tahun 2020,” kata Resch.

Enjin gerakan injap ‘pushrod’, sejukan udara, 1800cc ini bermakna yang pengeluar dari Jerman ini sedang mempersiapkan diri untuk bersaing bersama Harley-Davidson dan Indian Motorcycles. Bagaimana pun, para penggemar kedua-dua jenama berkenaan amat setia sekali dengan jenama mereka dan ianya pasti amat menarik sekali untuk menyaksikan bagaimana BMW Motorrad cuba untuk memenangi hati mereka.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.