Semua Jalan Raya Menggunakan Lampu LED Bermula September

Semua jalan raya di Malaysia bakal menggunakan lampu LED menggantikan lampu yang sedang digunakan ketika ini sekaligus dapat meningkatkan penjimatan tenaga sebanyak 50 peratus.

Ketika ini hampir 80 peratus lampu digunakan di setiap jalan raya di Malaysia tidak menggunakan lampu mesra alam.

Menurut laporan The Star, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin berkata rancangan baharu ini akan dilaksanakan seawal bulan September ini.

Bukan itu sahaja, pihak kementerian turut mahu setiap papan tanda kedai dan bangunan menggunakan lampu LED agar dapat meningkatkan penjimatan elektrik.

Dalam perkembangan lain, Zuraida menjelaskan kerajaan bakal meningkatkan pemasangan kamera litar tertutup CCTV di kawasan ‘hotspot’ bagi mengurangkan kadar jenayah di samping merekodkan individu yang membuang sampah merata-rata.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.